Dec 31, 2010

2010 pergi mati , 2011 balik kampung xD


Lol xD entah apa-apa kan title entry ni. Haha semalam awyn online SDO, then ada sorang kawan chinese cakap macam tu so awyn dapat idea untuk jadikan title entry awyn. Yela kan dah tahun baru :D Pejam celik, pejam celik ( ayat basi ) harini dah 1/1/2011 kan korang. Aww cantik kan tarikh tu. Sudah semestinya ada yang pilih tarikh ni sebagai tarikh perkahwinan. Buktinya my sister nak pergi kenduri kahwin kejap lagi xD

Kalau dah tahun baru mesti dikaitkan dengan azam baruu. Btol tak ? Macam korang, awyn pun ada azam. Hehe cehcehh budak ni pun nak jugak.

New Aim
New Achievement
New Dream
New Idea
New Thinking
New Ambition
New Life + Sucess !

Kepada readers yang bakal menghadapai SPM, study hard k. Dengan bekalan result SPM yang cemerlang, insyaAllah masa depan kita akan terjamin. Huahuaa cakap orang awyn pun salah seorang SPM candidate. Erghh cakap pasal SPM ni rasa takot plak. Kla, dengan perasaan sedikit cuak awyn nak wish kat korang Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk korang daripada tahun-tahun lepas :)
Oh bytheway, lepasni awyn jarang on facebook and sdo. Awyn just focus kat blog kesayangan awyn. Huaaaa :'(

Dec 28, 2010

Sentimental value stuff. Korang ada ?


Lepas makan terus update blog. Hee. Dah 2 hari awyn tak update blog kan. Sorry korang, awyn takde kesempatan nak post entry baru. Wah macam la sibuk sangat kan sampai tak sempat. Haha cepat sepak budak ni laju-laju xD

Korang tahu tak apa maksud sentimental value ? Alahh, macam barang personal korang bila korang tengok teringat kembali sejuta kenangan yang telah berlalu. Lepastu, tanpa korang sedar korang tengah senyum sorang-sorang macam kerang busuk. Cehcehh agaknye sape la yang bagi tu kan sampai macam tu sekali korang senyum. Hee :D
Tadi awyn kemas bilik (saje nak heboh, nak tunjuk rajin) xD , lepastu awyn lap satu-satu barang kesayangan kat atas rak tu. Bila awyn lap macam-macam awyn teringat. Kebanyakan barang tu, my girlfriends yang bagi as a gift. Haizz rindu betul awyn kat dorang. Agak-agak dorang ingat lagi tak kat awyn ? Mesti ada yang dah tak ingat kan. Awyn harap awyn dapat jumpa diorang lagi. Entah-entah nanti kalau berselisih bahu pun diorang dah tak perasan kan. I miss them so much. Cepatnya masa berlalu.
Tahun depan dah Form 5 :'(

" A lot of sentimental value stuff that we are trying to get. 
Things that we are going to keep close to our heart. "

Dec 26, 2010

500 BLOG !



The simple things in life capture me. Photography is my air, it's not something I will ever go without. I'm disobedient, defiant, and rebellious. Trouble calls out to me. I get away with all my little endeavors and I'm trying to live my life to the fullest. A hopeless romantic that isn't sharing her heart anytime soon. I truly love my life right now, well for now. I'm Shazwyna bytheway :)

Reason I became a blogger ? Because this is where I can share about my daily life story and my thought. Lepas tu bila awyn fikir, daripada layan facebook atau online games ada jugak faedah kalau awyn buat blog kan. Blogging ni best tau. Kita dapat tau benda-benda yang sebelum ni kita tak tau bila tengok bloggers lain punya blog. Eh kat blog pun ada blogshops kan. Jadi boleh la cuci mata. Hehe :D

Korang nak join jugak 500 BLOG ? Korang click banner kat atas tu okay. Bila korang kelip mata dah sampai kat blog Abang Ben. Cepat tau sebab hanya 500 yang terdahulu yang akan disenaraikan. I'm done ! Bye-bye dear readers

Dec 25, 2010

Hari yang meletihkan dan mengantokkan


Hey you olls :) Berapa banyak 'kan' daa kat title awyn tu. Okay awyn cakap awyn nak story morry kat korang kan pasal my spoiled picnic kelmarin. Actually my family tak plan pun nak picnic kat pantai. Nak pegi swimming pool sebenarnya. Dulu awyn selalu pegi swimming pool kat apartment tu. Korang tahu tak kelmarin bila awyn pegi swimming pool dengan my bro tengok-tengok swimming pool tu kotor sangat. Eeuuw diorang tak cuci. Nak jejak kaki kat situ pun rasa geli. Mungkin diorang tak cuci sebab tak sempat. Yelahh bila awyn pegi apartment tu tengok banyak pelancong. I mean local punya pelancong. Bukan pelancong 'mat saleh' yang putih lagi handsome tu. Yang perut buncit pun ada. Astaghfirullahalazim mengata kat orang pulak awyn ni. Hehe :D

So disebabkan tengok keadaan swimming pool yang menggelikan tu my bro ajak pegi pantai. Mula-mula pegi Pantai Teluk Bahang. Omg, kat situ panas gila tau tak. Disebabkan panas sangat kulit ni pedih macam terbakar and mata pun tak boleh bukak. Dah macam ikan kering kena jemur dah. Macam mana nak mandi kan. Lepas tu, my bro ajak tukar tempat. Pegi Miami Beach. Haizz sangat ramai. Yang best sebab boleh main payung terjun, boleh naik banana bot and jet ski. Awyn nak naik tapi tak berani lah. Haha next time lah awyn naik ek :D

 Lepas dah habis mandi, kitorang nak tukar baju and mandi sebab badan melekit. Then bila pegi tandas ramai pulak. Beratur panjang. Arghhh memang tension sangat time tu. Macam nak sepak orang, dah la panas. Lepas tu, abang ipar awyn cakap jom mandi sungai kat tempat kerja dia. I was like what the hell tadi tak bgtau awal-awal. Awyn decide naik motor dengan abang. So dalam keadaan basah and pakai short pants tu awyn naik motor. Tak kisah dah apa orang nak cakap. Mandi sungai tu best sangat-sangat. Tempat tu tak ramai orang tau. Family awyn jek ada kat sungai tu. Air sungai tu sejuk macam air ais. Well, mesti la air bukit kan. Next time tak nak pegi tempat lain dah. Nak pegi sungai tu !


Jadi, that's the story about my spoiled picnic. Tengok entry awyn, dah macam karangan pulak. Panjang berjela. Lol xD Ade ke orang nak baca ? Sape yang baca entry ni, awyn memang sayang korang ah ! Haha :D Kesimpulanya, korang tak payah la pegi holiday bila bulan Disember. Kalau nak holiday, holiday la time cuti sekolah Tahun Baru Cina.
Kla korang, dah banyak awyn story morry. Bye hunny take care ! :)

Picnic at Miami Beach

Pheuww satu harini awyn tak online. Online ni pun sebab nak update blog. Sorry guys, just a short update. Korang dah tengok kan title entry ni ? Jangan salah anggap pulak ek. Miami Beach yang tertera kat title awyn tu ialah Miami Beach kat Batu Feringghi. Hihi :D Bukan Miami Beach macam kat CSI Miami tu. Cakap pasal CSI Miami awyn suka tengok cerita tu. Lama tak tengok. Korang suka tak ?

Overall, picnic tadi not bad la. Maksud awyn, takla best sangat. Sebab apa yang kitorang plan tak menjadi. And awyn tak snap picture pun. Yelah macam takda feeling nak snap-ing ni. Lagipun pegi dengan family. So faham-faham je lah. Kalau dengan kawan memang satu folder penuh gambar.

Okay guys. Awyn nak buat taik mata. Haha :D Coz today I'm extremely tired. Esok awyn update full story about my spoiled picnic kay ? Assalamualaikum and goodnyte
sayang-sayang semua. Hihi

Dec 24, 2010

Aku moody harini ! DAMN !!


Erghhh !! Macam ni la face awyn bila marah. Huahua takde la secomel ni. Muka awyn burok bila marah. Sekarang dah ada mood sikit. Sikit je tak banyak. Sebab tu awyn update blog ni. Walaupun takde mood awyn tak nak blog kesayangan awyn terbiar macam tu je. Kesian btol lah sape yang jadi mangsa amarah awyn harini. Sampai family pun tak berani nak tegur awyn. Hee :D

Dalam keadaan moody pun awyn sempat lagi pegi PC-Fair yeahh. Wink wink ;)


Haa awyn beli webcam ni lah kat PC-Fair tadi. Alolo comel kan ? Macam mini teleskop. Hehe :D


Compact disc ni pun awyn beli tadi. Korang nak tahu tak berapa ? RM 1 je tau. Yang ade cartoon Mickey Mouse and Donald Duck comel tu awyn punya. Yang guitar tu cousin awyn punya. Cousin awyn umur 14 and korang tahu kan my age. Err terbalik kan ? Haha biar lah. I love cartoons. Especially those cute one. Aww :D

Okay guys. Awyn nak solat maghrib ni. Bye-bye sayang korang. Mwaachx :)

Dec 21, 2010

Award from Ain Soofiyah ♥

daveharm.com

Wink wink ;) Assalamualaikum readers. Cehcehh awyn dapat award dari Ain Soofiyah. Award ini diberi sebagai tanda terima kasih Ain to her followers. Comel kan award tu ? Macam pemberinya jugak. Hehe :D

Awyn pun rasa nak buad jugak lah special awards to my followers. Yelah sebagai penghargaan sebab korang support blog awyn. Lol poyo je awyn ni. Haha :D Kla korang, awyn ketandusan idea nak merepek ape lagi. Nanti kalau dah ada idea awyn merepek lagi okay. Bye-bye sayang korang

You don't love a woman because she is beautiful,
But she is beautiful because you love here :)

Blockquote oh blockquote !


Fast update ! Yeahh kena cepat sebab awyn takod awyn lupa apa awyn nak type untuk entry kali ni. Haha awyn ni sometimes pelupa sikit. Banyak makan semut kot ?
Eeuww bluekk. Hahaha :D

Kenapa entry awyn title pasal blockquote ? Apa kena-mengena dengan blockquote ? Haa awyn nak cerita-ceriti la ni. Alhamdulillah ! Akhirnya awyn berjaya buat blockquote untuk blog awyn yang tersayang ni. Cehcehh. Haha. Dengan usaha awyn godek-godek html code dan pertolongan Cik Google blockquote yang awyn buat menjadi. Mula-mula awyn dah putus asa. Lepas tu awyn minta tolong Ain buatkan tuto untuk awyn. Bila bosan tunggu Ain siapakan tuto, awyn try godek-godek html code tengok-tengok menjadi pulak. Which means awyn buat blockquote ni without tengok tutorial dari Ain.

Apepun thanks sangat-sangat Ain Soofiyah sebab sudi susah-susah godek html code sebab nak buat tutorial untuk awyn. Hee sayang Ain banyak-banyak ! Korang kalau nak edit blog dan perlukan guide visit la blog Ain. Tutorial Ain senang faham. Korang mesti dapat edit blog korang cantik-cantik dan kiut-miut. Hehe :D

Nak tengok tak blockquote awyn yang comel tu ? Cehcehh budak ni mintak sepak puji blog sendiri lebih-lebih. Haha tengah seronok blockquote menjadi. Hooyehh ! :D

Click to enlarge bebeh ! :)


Kalau korang letakkan cursor korang, background blockquote tu akan bertukar jadi macam ice-cream rainbow. Comel an an ? :D

Okay my dear readers. Awyn nak pergi beradu. Mengantok sudah. Lebih baik awyn tido sebelum awyn blogwalking kat blog korang sambil tutup mata. Haha awyn blogwalking esok okay ? Goodnight readers


Dec 20, 2010

Heh. Bosan de.


Korang nak tahu tak ? Awyn tengah bosan nak mati ni. Huahua. Tadi dah online SDO lepas tu dah lama maen macam bosan jek sebab takde membe on. Diorang on malam-malam dengan dear diorang. Haha poyo je kan :D

Tengah update blog sambil dengar online radio. Wee syiok syiok. Awyn jakun sikit sebab baru discover pasal online radio ni. Sebelum ni cari tapi tak jumpa. Ngeh ngeh. Kelmarin pergi rumah kakak kat Penang konon plan nak hangout kat BJ lah kan. Hangout la sangat. Sembang-sembang dengan family sampai pukul berapa entah. Tak perasan dah lewat. Macam whathefuck. Haha takpe awyn ade masa lagi. Nanti boleh hangout lagi. 

Chill bebeh! Sabtu & Ahad kan ade Sua Rasa kat Queensbay. Perghh dekat tol Penang Bridge sesak gila. Confirm lah diorang nak pegi Sua Rasa. Kalau tak pun diorang pegi Pesta Penang. Phew awyn nak pegi Pesta Penang. Anyone take me there :'(

Okay that's all. Bye guys awyn nak jejak kembali jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bloggers dekat cbox awyn. Kepada yang follow, thankyou awyn akan follow balik Insya-Allah :)

Dec 18, 2010

Award for pinky blog =)

Morning readers.  Morning ke ek dah pukul 11.18 ? Haha :D
Pagi-pagi awyn dah update pasal award kan. Blog awyn pinky ke ? Actually awyn tak perasan pun blog awyn ni pinky. Okay awyn memang suka pink. Tapi tak la terlalu obses dengan pink yeahh. Kat sekolah ada la beberapa orang panggil awyn 'Minah Pink'. Ee awyn bukan minah pink okay. Ala kalau setakat beg skola, botol air and alat tulis dalam pensel case kaler pink doesn't mean awyn minah pink kan. Btol tak ?
Eh korang support ah awyn :D

Okay let's continue to our main topic

Aww comel an an ? :D



1. Blog Nurul Ain dah cukup pink ke ?                        
Dah cukup kot ? Tapi kalau nak bagi lagi pinky pun takpe. Lagi comel :)


2. Apa pandangan korang dengan manusia yang gila pink ?
Bagi awyn, I think it's cute. Macam girl-ish je kan. Tapi lagi sekali awyn bagi peringatan awyn tak gila pink okay. Wink wink :D


3. Kaler yang korang minat selain pink ?
White, Purple, Bloody red, and Black


4. PINK IS THE WORD. Buat satu ayat yang paling berkaitan dengan perkataan ni ?
When people ask one of my favourite color, pink is the word :)


5. Tag 2 orang blogger yang blog dia color pink ?
To my dear followers yang mempunyai blog pinkish sila ambil award ni.
Jangan malu, jangan segan yek :)

Korang, nak tahu tak kenapa bila tag awyn tak letak nama orang ? Sebab bila tag sometimes diorang tak buat pun. So followers awyn yang nak boleh ambil je kay :) Woohoo ! I'm done.

Dec 16, 2010

Makanan popular ?


你好人 =)
Whoa quite suprise bila awyn visit blog awyn lepas tu tengok kat bahagian followers dah ada 103 followers wee thanks sebab sudi jadi followers blog awyn yang tak seberapa ni. Haha poyo la ayat budak ni. Cepat lempang dia laju-laju :D


Okayy stop with my craps. Eh korang suka makan ape ? Awyn ni tak habis-habis ingat makan je. Tengok sebab tu la awyn chubby :D Memandangkan awyn bosan gila sebab SDO tengah update so awyn buad la research sikit. Ala google je da dapat :D Pasal makanan popular kat negeri-negeri dalam Malaysia ni. Hehee :D


First of all, of course la my beloved state, Penang Rocks ! =D

 Nasi kandar kandaq line clear !
Awyn pernah makan nasi kandar ni. Perghh wa cakap sama lu, lu makan lu nak haria lagi wo. Hahaha :D

Kelantan
Nasi kerabu. Kalau korang makan nasi ni muka korang jadi biru macam dalam movie Avatar tu. Hehe kidding :)

Johor
Laksa Johor. Laksa Johor ni lain dari laksa Penang. Sebab kuah laksa Johor letak santan kelapa. Awyn tak suka laksa = . = "

Melaka
Melaka my fav state :) Makan popular ? Asam pedas. Yummyy kan kan ;)

Perak 
Makanan popular ? Gulai tempoyak. Eh yeke popular ? Tak pernah dengar pun. Hehee :D

Nak lagi, lagi dan lagi ? Google sendiri yeahh. Haha adoi malas la awyn nak google lagi. Lagipun entry awyn akan jadi panjang lebar. Korang mesti lapar lepas baca entry awyn ni kan ? Yeahh you should :D 

End of my entry, bai bai *waving :)

Dec 14, 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010


Mesti korang dah familiar kan dengan title entry harini. Haa tahu pun. Kat mana pun awyn ber-blogwalking mesti ada entry pasal ni. Lols. Okayy awyn bukan nak suruh korang vote awyn ke ape. Haha :D Actually, awyn tak take part pun dalam Blog Pilihan Malaysia 2010 ni. Sebab confirm takde orang nak vote pun. Blog awyn tak famous de. Hahhah :D

Hah cakap pasal 'famous' , awyn buat blog ni bukan untuk mengejar popularity. WAIT ! Sebelum readers salah faham awyn bukan cakap orang yang join Blog Pilihan Malaysia tu mengejar popularity tapi awyn cakap pasal awyn. Okay ? About me, myself or whatever. Haha wink wink :D To anyone yang take part, good luck and blog mana yang dinobatkan as Blog Pilihan Malaysia 2010 memang superb kay. Awyn respect that blogger. Yeahh sebab dia berjaya mengambil hati readers semua dengan menaip entry yang creative. So readers tak bosan la baca entry kan ? :D

Dec 12, 2010

Yeahh. Got award :)






Heyya readers. Assalamualaikum :)
Yesterday awyn tak post any new entry kan ? Bo mood de = . = Tapi harini dah ada mood kot. Malas dah nak fikir pasal kelmarin or whatever. Merosakkan hari-hari awyn yang indah. Lols ayat poyo. Ignore budak ni ek. Haha :D

Bytheway, awyn dapat award from Aboy. Thankyousomuch :)

Comel an ? Anime ^^

Tak habis lagi. Ade soalan yang perlu dijawab. Awyn tengah bosan ni plus takde kerja nak buat. So takde hal lahh nak jawab-jawab soalan ni ;)
Apa pendapat anda tentang blog Aboy ?
Okay blog Aboy ni ala-ala Astro, macam-macam ada :D Bloggernye pun friendly.
Yeahh like it :)

Tempat yang paling nak lawati ?
Mekah Al-Mukarramah. 
Tapi an kalau dapat pegi Wonderland pun best jugak. Wuu mesti tak nak balik

Berikan 3 perkara tentang diri anda ? 
- Sensitif. Macam cepat tacink even dengan parents. Ahah teruk btoi budak ni :p
- Minat gila dengan music genre hardcore.
- Saya cuak bila saya sedar next year saya SPM candidates. Wtf - . - "


5 Orang perlu di-tag 
 - Anyone yang rasa dia friendly dengan awyn amek la :)


Kay kay dah habes. Eh if korang nak bagi awards lagi bagi lah ek ( Takmalu ) :D
Bye-bye dear readers.

Dec 10, 2010

The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera

Alhamdulillah kenyang baru lepas makan. Yummmyy :D Readers dah lunch ? Kalau belum cepat-cepat pergi lunch sebelum perut anda bernyanyi-nyanyi. Hehee. Okay, continue to my entry yeahh :)



1st contest dari Zai. And this is the 1st time jugak awyn join contest sebab contest ni menarik dan awyn tertarik. Haha :D Kena bgtau camera digital apa yang digunakan. Sejujur-jujurnya awyn guna



mybabyOlympus T-100. Yeahh sama macam kat picture kat atas. Color pun sama. Camera murah jek. Sobs :'(  Picture yang dipertaruhkan untuk contest Zai ni ialah



Cintailah bunga raya. Bunga raya kan bunga kebangsaan. Hehee :D
Date taken : 8 September 2010
Time : 9.34 AM

Picture ni di-captured time Program Penghijauan kat sekolah. Awyn and friends buat landskap for competition. Time ni jugak lah kasut skola awyn penuh dengan tanah merah. Haizzz = . =
Okay siap ! Nak join jugak ? Click banner contest tu ek. Cepat sebab tarikh tutupnye esok :)

Dec 9, 2010

A new look for my blog :)


Hello dear readers. That title ? Credit to Chiachie :D 
Okay blog awyn dah tak private. Oyeahh dah siap edit. So macam mana ? Cute an blog awyn ? An an an. Haha budak ni perasan. Cepat tumbuk dia laju laju :D Semua yang korang tengok kat blog awyn ni, awyn edit guna html code. Hell yeahh susah tahu tak. Berdenyut kepala edit guna koding-koding ni. Tapi best. Yeah yeahh awyn minat buat benda-benda camni. Mula-mula tu memang la susah tapi bila korang dah menjinakkan diri dengan koding ni, baru korang tahu actually this thing senang je. Mesti korang nak buat lagi. Alahh macam makan biskut Oreo. Makan sekali nak lagi. Eh yeke Oreo ? Ke Chipsmore ? Haha pedulikann :D


Bytheway, korang perasan tak awyn dah guna ' awyn and korang ' ? 
Actually, I'm not used cakap dengan orang aku kau and berbagai. Sebab bagi awyn, cakap aku kau macam kasar. Haha bagi korang memang lah tak kan. If korang cakap aku kau dengan awyn pun, I don't mind sebab ramai yang cakap camtu. Kat sekolah awyn cakap dengan membe pun guna ' kami hampa ' Haha :D Freakin nerd gila kan ?
Since primary school de :D

Okayy beybe it's time to online my lovely Super Dancer Online-Xtreme. Ketagih dah ni. Hahahh :D
Toodles assalamualaikum :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...