Dec 21, 2012

Akan bertukar url baru



Assalamualaikum!
Rasa pelik. Lama tak berblogging. Tak menaip, bercerita-ceriti. Almost a year. Phewh lamaa. Cukup untuk rasa pelik dan janggal. Tapi tapi rindu. Lama-lama mesti tak janggal dah. Okay continue. Awyn nak maklumkan especially to my followers and my loyal readers. Lahaii entah ada entah tak loyal readers.

My dear followers, I'm hoping you all will read this. I'm changing my blog url. http://www.shazwynasaidin.blogspot.com to http://www.shazwinaosman.blogspot.com. A fresh start insyaAllah :)

Jul 20, 2012

Salam Ramadhan 2012


Assalamualaikum semua!

Tuan punya blog yang not so awesome is back! Okay let's not to talk about my lose. Uhm well hilang-hilang ni dah jadi my new habit and of course lah it's not a good habit for a blogger. Lingkup habis blog kalau chipsmore slalu. "Sat ada sat takdak". Eh betul kaa chipsmore?

Enough with tha introduction :p

Selamat berpuasa, semoga kita sama-sama dapat menambah amalan di bulan yang penuh barakah ni. Tadi kat sekolah ada ceramah Di Ambang Ramadhan by Ustaz Hafizullah. Antara isi-isi yang sempat ditangkap pastu dikunci dalam memori ialah puasa yang hanya berpuasa makan dan minum bukan makna puasa yang sebenar. Itu hanyalah sekadar menukar diet. Faham kan? So kena ubah persepsi tu.

This is my first year. First year berpuasa as a hijaber. And do you guys understand tha feel? MasyaAllah ahamdulillah :')

Thanks for those who always support me. Syukran jazilan :)
Have a blessed Ramadhan.


Jun 24, 2012

Sepetang di taman bersama buah hati ♥

Assalamualaikum :)

Haa tengok kat tajuk je dah ada lep lep yang kiut tu. Itu tandanya hati ni tengah berbunga-bunga secantik bunga sakura. Cakap pasal bunga sakura, bunga sakura hidup selama seminggu je kan. Tapi dalam masa seminggu tu, bunga sakura tumbuh dengan cantik dan membuat semua orang happy. Sweet kan? Eh terrkeluar tajuk jap.

Back to title, julung-julung kalinya awyn cerita pasal buah hati. Uhmm nak tengok? Malu *sambil senyum-2 tutup mulut yang layak diberi sepak-kan penalti Ekceli, tadi kitorang lepak-2 kat taman sebab kebosanan dan rasanya itu adalah aktiviti yang paling berfaedah boleh dilakukan di waktu petang. Beriadah whattt ?

Let the pictures story. Sila eksaited sebab awyn nak tunjuk foto buah hati tersayang


  Haa comel tak? Comel macam mashu diorang yang baik lagi ohsem tu kan? :p

Kemain uolls posing kann
Konon buat muka paling annoying di dunia. Motip? Nak bagi awyn geramm. Ciss
Ah jeles melampau dengan rambut dia
Puas dah cuci mata dengan gambar buah hati buah hati awyn? Awyn ada sebelas orang buah hati terdiri dari pelbagai jantina. Opkos memang pening kepala terhamatt kalau semua datang rumah. Tapi, diorang jugak yang menceriakan suasana. Tapi jangan risau, awyn adalah mashu yang sangat efisien. Everythings under control.
And not to forget, saya adalah mashu yang garang di abad ini. Sekian, take care readers

Jun 19, 2012

Blog ini masih wujud

Assalamualaikum wbt :)

Oh hi everyonee. Rindu tak? Saya tahu saya tahu, rindu youalls semua jugak *Syok sendiri. Hewhew :p Soo, my blog isn't dead. Awyn hanya mengambil cuti panjang yang agak produktif. Humm, my last post was on 13 May 2011 pasal ke-eksaited-an Form 6 tuu. Acane ni? Satu bulan satu entry. Lama-lama nanti 'Sorry, blog not found' Tidaaaakkk takkan sesekali jadi macam tu.

Sebenarnya banyak lagi yang hendak dicerita-ceritikan. Al-maklumlahh, orang malas sibuk, tinggal blog. Tadi, kemain ligat lagi otak ni menyusun ayat untuk dijadikan entry blog. Bila dah log in blogspot.com dan mula menaip sepatah dua kata *poof! semua ilham dan idea yang ohsem tu hilang. Aisehmann potong betul laa. Takpe kita story lain kali. Janji takkan tinggal blog lama-lama dah


Nak tengok lagi koleksi yang tak berapa nak hebakk ni boleh lawat sini http://www.flickr.com/photos/her-passion/

May 13, 2012

Day 1 2 3 : Hello Form 6

Assalamualaikum :)

"Eh wujud lagi laman blog ni. Ingat dah hilang kemana dah." Korang jangan cakap macam ni tau. Sentap awyn nanti dengan muka patblas. Semenjak duatigaempat menjak ni tak berapa rajin nak update blog. Pembetulan. Bukan tak berapa rajin tapi memang dah tahap baloq liat. Nampak sangat penulis blog yang tak berdisiplin *Pengakuan jujur. Baloq liat = sila rujuk dengan kawan-kawan yang tinggal di sebelah utaqaa

Sibuk. Mungkinn. Sebagai pelajar Tingkatan 6. Boleh guna alasan tu? Cop cop. Kita tukar perkataan tingkatan 6 ke PraUniversiti. Sedap sikit nak baca. Rabu lepas dengan rasminya shazwina binti osman telah mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6. Minggu orentasi pun dah mula. 9/05/2012 - 18/05/2012 Kemain lama kan ? Eh best. Betul best sangat - . -

3 hari berturut-turut ceramah dari cikgu jadi halwa telinga. Bila diamati, terdetik di hati "Eh form 6 ni not bad la. Tambah-tambah bila sistem baru dah diguna pakai"

Tingkatan 6 dah ada sistem baru tau. Nama sistem tu, sistem modular. Macam mana sistem modular ni? Okay apa yang awyn boleh cakap, sistem ni sejibik macam matrikulasi. Kalau asasi tu I'm not so sure. Tingkatan 6 dah ada dah sistem semester. Ada semester 1, 2 dan 3. Haa advanced gitu. Setiap penghujung sem, ada exam. Kalau dalam istilah yang selalu kita dengar ni dipanggil 'final exam'.

Okay tu je main point yang awyn nak bagitau tentang sistem baru ni. Kalau nak tahu lebih-lebih lagi, sila layari STPM FORMAT BAHARU 2012/2013

Tipu la kalau awyn cakap tak rindu pun blog. Selagi tak update entri baru, hati tak tenang tauu. Sini sini. Nak cakap sikit. Tak kisah di mana kita menuntut ilmu atau apa pencapaian kita pada masa sekarang. Yang penting minat dan apa usaha yang dilakukan untuk capai apa yang kita nak pada masa hadapan. Allah akan tolong orang tolong yang dirinya sendiri. Selagi kita sebagai hamba-Nya tidak melupakan-Nya, berkali-kali ganda DIA selalu menolong hamba-Nya. Cuma direct atau indirectly :)


Apr 28, 2012

Yay. My very first handsome doodlee.


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semuaa :)

Eksaited sebab entry kali ni awyn nak tunjuk bukan menunjuk-nunjuk percubaan pertama mendoodle. Semestinya tak sehebat doodler seperti Wan Hazel, Fiz Graphic, Merah itu jambu dan Myra Azraff. Haa semua nama ni memang kegemaran. Doodle yang dihasilkan diorang ni super kiuts. Rasa nak gigit-gigit je.

Back to my doodle, walaupun hasilnya boleh dikatakan ohsem jugak la untuk orang yang tak berapa nak pandai melukis macam saya. Cett ditimpa perasaan - , - 
Tapi tetap berpuas hati, sebab hasil tangan sendiri

Nak tengok doodle awyn ?

Cemane? Kacak tak ? T-shirt superman lagi tauu :D


Apr 17, 2012

Unikl. Nak terima ke tak ?

Dah berapa hari fikir pasal offer ni. Sebelum tidur, fikir. Mandi, fikir. Tengok tv, fikir. Memang asyik memikior pasal benda ni je. Okay memang dah sedia maklum kalau dah nama UNIKL belanja tinggi. Tapi course tu memang sooo my choice. Suka sangat sangat sangat !

Tapi kann hmm tapi tapi *sukahati la nak berapa banyak tapi pun yuran pengajian overall RM 31, 500.00. Cop cop tak termasuk lagi yuran bas tau. Yuran bas sebulan RM300. Haa ambik kauu. Lepas tu, duit poket lagi yang abah kena bagi dekat anak dara dia yang sorang nih. Nak terima offer ni rasa bersalah sebab kesian my parents. Tapi course yang ditawarkan really really my favourite.

Nak buat pinjaman MARA tu boleh. Setelah ditolak, tambah, campur, bahagi dalam RM 50K+ jugak. Okay sila tutup mulut anda yang ternganga tu dan normal-kan balik mata anda yang terbeliak tu. Abah dah bagi green light and cakap okay je. Siap cakap tak payah buat pinjaman lagi. Tapi saya ada otak, saya boleh fikir kesanya nanti. Bukan sikit. Kan ?

The problem is, pihak Unikl nak jawapan sebelum 27April. Keputusan UPU pulak keluar awal bulan Mei. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Malam ni, nak call cikgu Azam. Nak minta pendapat orang yang lebih expert dalam bab ni. Dan tak lupa memohon petunjuk daripada-Nya. Dia yang lebih mengetahui segala-galanya.

Dalam dilema...

Apr 15, 2012

Tulis ayat manis nak hantar surat kat boyfriend


*hiasan semata-mata
Assalamualaikum. Dari tadi menulis lepas tu padam, cancel sana-sini siap jugak esei tak lebih duaratus patah perkataan untuk scholarship. Mula-mula memang malas kemain nak tulis tapi kugagahkan jua sebab tetiba ayat keluar dari mulut mak "You can do it" Terus semangat plusplus. Terima kasih mak

Kena buat esei dalam Bahasa Inggeris. Taktahu la wajib ke tidak tapi memandangkan application form dalam Bahasa Inggeris dan tengok dorang lebih mengutamakan BI, terpaksalah buat-buat terer tulis esei dalam omputih ni kan. Lama jugak pusing-pusing pen sebab ketandusan idea. Last-last terlebih patah perkataan pulak. Macam tak percaya banyak jugak ayat maniss yang keluar. *Hukhuk

P/S : Nak tulis karangan untuk mohon biasiswa, ayat mesti maniss lebih manis dari cadbury. dan keikhlasan. Itu penting.

Apr 6, 2012

Takmau amik lesen kereta dah


Rasa bersalah makin menebal (tebal lagi dari kamus Dewan Bahasa, okay metafora melampau) sebab lama tinggal blog. Akhir-akhir ni awyn agak ke-busy-an. Busy lahh sangat masuk bulan April ni dah 5 bulan menganggur. Hukhuk.

Boring ? Oh, dah tak tau nak cakap sampai tahap keboringan yang macam mana. Asal boring, dalam kepala hotak ni asyik ingat makan makan makan. INI FAKTA. Tak percaya, duduk rumah 4 atau 5 bulan lepas tu boleh rasa sendiri. Masakan mak sangat melemahkan. Arghh

Okay busy sebab sekarang ni dalam proses ambik lesen moto and kereta. Setakat moto tu alah macam makan kacang je. Dah boleh merempit-merempit dah. Haipp tak awyn tak buat aktiviti haram tu. Tapi dekat part KERETA ni memang lemahh semangat den. Geram geram :\

Rabu lepas, 4/04/2012 awyn baru je pegi praktikal driving yang kedua. Teruk sesangat ! Bawak kereta tengah-2 panas dah macam ikan kering kena jemur. Kereta pulak aircond rosak. Berpeluh-peluh memang boleh tadah baldi. Waktu cuaca macamtu, orang cakap apa pun tak boleh fokus!

Mula la rasa nak menangis. Haha ape ke lembik budak ni. Naik bukit turun balik. Empat kali turun balik. Last-last cakap kat instructor taknak naik bukit dah. Taknak ambik lesen kereta dah. Lepas tu, abang slash pakcik slash instructor pujuk jangan cepat giveup. slash =/ Bila fikir balik, "Eh mudah betul aku putus asa. No way no no i will not give up !"

MORAL VALUES, kalau rasa nervous minum air. Salah satu cara membuat kita lebih rileks ialah minum air. Jangan kelam-kabut, be cool. Pedulikan orang tengok, orang yang kacau. Buat macam kita sorang je ade kat situ. Paling penting, keyakinan kita pun boleh drive macam orang lain.

Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. Eh panjang entri ? Biasalah, rindu. Rabu minggu depan, praktikal lagi. Semoga berjalan lancar hendak-Nya :)


Mar 30, 2012

Tutorial : Tukar perkataan linkwithin kepada gambar yang cute



Assalamualaikum hi :)

Tepuk tangan cepat sebab awyn nak buat tutorial. First tutorial tau!

Di-request oleh Cik Sheda Argos. Lama dah sheda mintak tuto ni. Baru nak buat harini. Ampun ampunn. Kebelakangan ni jalur lebar kesayangan yang dah tak berapa nak sayang ni asyik buat hal je. Slow milo. Nak berblogging pun terbantut. Sorry ye Cik Sheda (buat muka kesian)


Inilah yang dimaksudkan Sheda. Selalunya ada ayat "Anda mungkin juga meminati" dan ditukar kepada ayat lain kan. Tapi awyn tukar kepada gambar yang comel siap ada strawberry kat sebelah.

Okay jom mula.  Bismillahir rahmanir raheem
Mesti semua dah tau cara nak letak linkwithin dalam blog kan ? So awyn skip part tu.

1. Kalau nak tukar ayat masukkan code macam kat bawah ni
 <script>linkwithin_text='Your custom text:'</script>

2. Tapi kita nak tukar ayat tu kepada gambar yang comel. Kita ubahsuai sikit je.
<script>linkwithin_text='HTML code gambar anda'</script>
 Saya ulang. HTML CODE gambar. Bukan url gambar. Korang boleh dapat HTML code dengan mudah bila upload gambar dekat Photobucket(kegemaran) imgur TinyPic. Then SIAP !

Haha senang kan? Benda ni kena pandai tweak je. Ubah sikit situ sini. Awyn figure out this sendiri. Takde pakai mana-mana tuto dari orang lain. SINI

Done. Kali pertama buat tutorial, kalau ada cacat-cela di mana-2 boleh tinggalkan komen. Terima kasih :)

P/S : Do credit if you copy this tutorial

Mar 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


Harini saya rajin. So jom ramai-ramai join segmen dari Ben Ashaari, BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

Soalan yang perlu dijawab untuk segmen
  • Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?  
Pernah jugak berlaku situasi macam ni, dan ayat keluar dari mulut awyn, "Amboi sedap makan tak tengok kiri kanan dah aih"

That's all. Done !

Mar 23, 2012

Respon mereka yang tersayang terhadap result SPM saya

Gini lah rupanye masa ambik result tu. Tapi lompat dalam hati jelah. Malu nak lompat camtu depan orang ramai :D

Ye cari apa ? Tengah cari mana A B C yang di-caps lock ke ? Hehehe :D Okay result awyn melebihi jangkaan. Alhamdulillah ya allah. Terima kasih terima kasih di atas pemberian-mu. Awyn pergi ambik result dengan my bro. Haha cool kan ? Masa dah dapat result awyn pegi dekat dia sambil tersengih-sengih dan dia pun sengih jugak. Gembira lah katakan :D

Okayy sambung nanti.. Internet macam - . -

Jom sambung ! Hehe entry ini draft kelmarin 22 Mac 2012. Yes saya ketinggalan :\ Respon mereka-mereka yang tersayang terhadap result awyn. 


MAMA AND ABAH
Awyn : Mamaaa ! Awyn dapat ....... (hehe secret. nak tahu tanya terus kat awyn)
Mama : Ya allah, alhamdulillahhh. *Start crying :')

ABAH 
Calling abah. Abah dekat tapak projek so call lah kan
Me : Abah, awyn dapat .......
Abah : Haa alhamdulillah. Okay-2 abah balik sekarang.
Okay terharu :')

MY 1ST BRO
Calling from Singapore
Bro : Awyn, result mcm mana ?
Me : Rewind balik result
Bro : Haaa ( dalam nada impressed dan happy ) Okay2 abg wan ada keja. Nanti call balik
Me : Ceittt - . - 

MY SIS
Me : Kak Ija, awyn dapat rewind result again
Sis : Alhamdulillah, syukur sangat-2.
Me : Hehe tu la, alhamdulillahh kan
Sis : Ya Allah, kak Ija sebak ni *Suara macam nak nangis dah
Me : Ahh sudahh nak nangis pulak dia. Lemah aku orang nangis-2 ni *Cakap dalam hati jela :D

MY SECOND BRO

Okay yang ini panjang sikit. Haha
Me : Abg Wazir, aa (okay tak sempat cakap)
Bro : Haa ! Awyn ! Dapat berapa ?
Me : rewind result again 
Bro : Alhamdulillah tahniah tahniah. Awyn nak apa ?
Me : Hah ? Nak apa ??
Bro : Bagitau ja apa yang awyn teringin
Me : Senyum jahat. Ala tak payah la. (Mula-mula kena jual mahal)
Bro : Okay nanti abg wazir beli laptop
Me : Hahhh !? Tak payah tak payah. Mahai tuu. (tengah fikir nak Vaio, Dell atau Acer)
Bro : Eh tak boleh tak boleh. Nanti abg wazir beli
Tut tut tut tutttt. Call over. Battery hp abg habis. Okay foine - , -

Okay that's all yang awyn larat nak taip. Banyak lagi sebenarnya. Sorry kalau apa yang awyn story kat atas tu korang tak faham. Haha kalau tak faham takpe. Asalkan awyn faham. Nak simpan entry ni sampai dah kahwin nanti. Cehh gatal. atau sampai bila-bila. Kenangan ni. Kan kan ?

Dah tak kisah dah betapa semak dan serabutnya entry ni. Sebab tak larat dah. Kalau nak tau result awyn, boleh IM di facebook. Err. Hehe kbai !


Mar 18, 2012

Sejak bila perkhidmatan TM jadi teruk camni ?

*Kruuk kruukk* Eh perut sape bunyi tu? 
Lapar eh tengok gambar yang sedap lagi menyelerakan ni? Awyn sengaja tempek gambar ni besar-besar. Jahat kan ? :D
Gambar kat atas tu memang tiada kaitan dgn TM. Bagi makanan free ke ape. Tak tak. Awyn tengah geram dengan TM ni sebenarnya. Memandangkan perut tengah lapar sebab tak lunch lagi, bertambah-tambah geramnya. 

Ceritanya macam ni, 2 hari lepas abah dah bayar bil telefon. Kena potong sebab lupa bayar. Haha malu-malu. Okay 2 hari lepas tau bayar, tapi sampai harini tak sambung balik telefon tu. Abah sampai pegi kedai TM cakap belum sambung lagi. Sampai harini masih belum bersambung. 

Yang jadi mangsa adalah kredit handphone Awyn. Bila telefon rumah tak boleh pakai, semua mengeluarkan ayat sebegini "Awyn, pinjam sat hp nak call blablabla" Okay bukan kedekutt. Tapi kalau saya sendiri duit berkepuk-kepuk dalam purse takpe. Masalahnya awyn sendiri pun pokai. Tu yang hangenn sangat dgn TM ni.

Hmm mungkinkah operator terlalu busy melayan pengguna lain ? Atau TM yang terlepas pandang? Saya juga pengguna TM ! Okay ter-over pulak. Eh korang, dah try Unifi ?

Mar 16, 2012

Saya kembali dengan header baru !

Baru perasan lamanyaa awyn tak update blog. Ingat baru 2 3 hari tak update. Rupanya dah seminggu. Sajeje nak buat header baru, baru nak update blog. Banyaknya 'baru'. Sila baca dengan betul :D  Semangat sikit dengan header yang comel lagi menarik tu. Haha okay perasan. *Tampar pipi sendiri

Cantik tak header baru ? Cakap cantik cepat. Eh sorry terr-paksa korang pulak. Sebenarnya tengah kematian mood nak blogwalking dan post entry banyak-2 atau nak makeup blog. Entah kenapa takde mood sesangat. Sorry :\


Mar 8, 2012

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 4


Cik Maera cakap ikut lah nak bebel ape pun. Meh awyn nak membebel panjang-2. Let's start. Okay tipu je. Awyn taknak membebel pun. Hehe :D Tak larat lah harini satu hari asek potpetpotpet kat anak menakan tu. Nak rehatkan mulut yang comel ni kejap. Aisehh perasan peah ni. Haha kalau anda rasa macam nak bagi satu tamparan hebat yeah memang patut.
Followers dah 400 lebih. Terima kasih banyak-banyak. Sayang awak semua. Ada rezeki nanti I will do something untuk my followers. InsyaAllah. Nak join bloglist Maera Ismail ? Click banner kat atas :)

Mar 7, 2012

Nak orang komen entry, tapi menyusahkan orang


*Takde gambar comel. Haha*
Assalamualaikum hi. Korang dah lunch? Kalau belum meh nak belanja. Belanja baca entry baru dari awyn. Ahaha. Okay tak lawak pun. Kembali ke tajuk, entry ni especially for new bloggers. Mungkin blogger baru terlepas pandang atau tak tahu pun pasal ni. Pasal benda alah yang dipanggil CAPTCHA. Captcha ni timbul bila kita nak mengomen entry.

Haa tahu kan benda ni? Kita sendiri pun tak suke ye dak? Word verification ni boleh membantutkan mood untuk mengomen entry korang. Kecuali pengomen tu memang orang yang sangat penyabar. Haha. So jom hapuskan menatang nih.
Bagi yang menggunakan New Blogger Interface memang takkan jumpa setting ni. So, silalah tukar kejap ke Old Blogger Interface. Okay apa benda yang new/old blogger interface ni ? Alahh yang dashboard versi baru dan lama tuu.

Old blogger interface(Dashboard versi lama) > Settings > Comments

Scroll down sampai jumpa macam gambar atas ni. Bulat biru kecik tu tukar ke No.
Okay? Lepas ni, takde la orang rasa cuak je kalau nak komen entry korang. Dah jom lunch :)

Mar 4, 2012

Time orang syok tido, saya bogel di sofa

Eh sofa je? Mana gambar seperti yang tertera kat tajuk tu ? Sorry-2 tajuk tu sepatutnya "Time orang syok tido, saya bogelkan sofa" Haha sajeje suspen sikit. Sorry kalau menimbulkan kebengangan korang. Kebengangan ?? Err sila abaikan :D

Bogelkan sofa? Macam mana tu? Tengah online tetiba teringat mak pesan 'Awyn, sat g kalau tak buat apa tolong bukak sarung sofa tu, esok nak basuh' Okay dah teringat, terus bangun bogelkan apa yang patut. Mak suruh, mesti la dilaksanakan dulu. Wajib. So bila dah bogelkan jadi la macam gambar kat atas tu. Huduhnyaa :p

Dan sarung sofa dilonggokkan di ruang tamu supaya senang mak nampak bila bangun tido esok pagi. Haha :D Maaflah ye tajuk tidak seindah entry. Hahaha lagi :D


10 Fakta tentang diri ANDA sendiri.

Awyn tau 10 fakta tentang diri korang. Let's continue
1. Awak tengah baca entry ni
2. Awak tak boleh sebut M tanpa merapatkan kedua-dua bibir
3. Awak baru je cuba
4. Awak senyum/ketawa
6. Awak perempuan/lelaki
7. Awak tak sedar saya langkau nombor
8. Awak cari balik dekat 4 dan 6
9. Awak mula suka entry ni
10. Awak tengah baca saya suruh awak like entry ni
11. Awak akan comment atau like 

Hehe okay untuk sukasuki je. Tiada paksaan untuk like atau comment. Hanya untuk menceriakan hari minggu korang. Yang duduk rumah tu konpem bosan macam sayaa. Bila bosan tercetus la entry sebegini. Oh sila cakap hi dekat tetikus baru awyn :D

Feb 27, 2012

Inginku bunuh-bunuh tikus ni !!!



Tikus apa yang awyn nak bunuh ni ?? Tikus mondok? Tikus belanda? Ke chipmunk? Eh tak chipmunk tu tupai. Hehe. Awyn tengah perang dingin dengan tikus sekor ni ! Nama saintifik tikus ni ialah TETIKUS. Dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai MOUSE.

Memang kena beli baru. Dah nazak sangat ni. So, awyn mintak maaf awal-awal kalau tiada entry baru untuk sementara waktu ni dan tak dapat balas kunjungan korang ke blog awyn. 'Menjeling ke arah tetikus dengan penuh perasaan geram ><'



Feb 26, 2012

Kaki berbau. Macam mana nak elakkan eh?

Pernah tak bila korang bukak kasut , orang usha semacam je? Dan secara automatik korang tengok-2 lah apa yang tak kena. Kot baju koyak ke, ada tahi burung atas baju ke. Hehe :D Tapi rupanya orang pandang sebab ada bau yang mashemm datang dari kaki korang tuu.

Haa macam mana nak buat tu? Pakai lawa-2 tapi bila bukak kasut, aduhh spoil habis. Tak boleh pandang remeh tau benda-2 macam ni. Kebersihan jugak tu. Meh awyn nak share tips sikit. Macam mana nak elak kaki berbau. 
  • Cuci kaki setiap hari. Lagi okay kalau cuci dengan air suam. Lepas tu, keringkan terutama di celah-celah jari nuhh. 
  • Selalu pakai stoking yang bersih dan kering. Lebih baik yang diperbuat daripada fabrik benang kapas sebab lebih menyerap peluh.
  • Pakai sandal atau alas kaki dalam toilet atau kolam renang.
  • Biarkan kaki bebas tanpa stoking atau kasut masa korang kat rumah. Kasi kena udara sikit kaki tu. Bukan free your mind ye. Free your foot :D
  • Jangan biasa bertukar kasut, sandal atau pakaian dengan orang lain. Pakai sendiri-2 punya. Bersyukur dengan apa yang ada. Ada rezeki, beli. Takmo pinjam-2. Tau ! 
Kalau kaki berbau atau pape lah yang sama waktu denganya, org sekeliling tak selesa tau. Eh kalau ada nak tambah lagi tips tu, silakan ye :)



Feb 24, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog !



Nampak tajuk entry sepantas kilat awyn join segmen anjuran Mak Dara. Hehe okay let's proceed

Kebanyakan entry blog awyn tidak diluahkan di dunia realiti tapi ditaip dalam blog kesayangan awyn. Dah berapa tahun dah blog ni. Mungkin dalam 3 tahun. Tapi sebelum ni blog awyn 'macam hidup segan mati tak mau'. Haha sekarang dah mula meng-aktif-kan diri berblogging. Lebih suka blog awyn kemas and cute. Sedap tengok syok nak baca. Hehe :)

Feb 23, 2012

Suka buat collection barangan vintage ?


Korang suka kumpul barang-2 lama ala-ala classic gitu ? Seperti jam, lighter. Haa kalau suka awyn nak share laman web yang jual barangan vintage secara online.

 http://www.rare-collectables.com/
Bagi penggemar vintage stuff, mesti suka. Dulu, kalau nak barang macam ni kena travel baru boleh jumpa. Sekarang, boleh terus beli secara online.

NOTE : Kalau nak cari barang vintage kat Penang, p Roadwalk. Macam-macam adaa :D


Feb 17, 2012

Awyn suka bluee. Takpa kan ?



Setelah lama menyepikan diri membiarkan blog tanpa entry *sudahhh ayat basi :p awyn rasa hari awyn wajib merasmikan perubahan dekat blog awyn. Yes, transformasi besar-besaran ni. Kejap, nak tempek gambar kat bawah.

SEBELUM

Dari pengguna template Minima awyn beraliah arah ke mana ? Tak payah tahu. Hee. Alahh korang tengok pun dah boleh agak template apa awyn guna sekarang. Kan ? Sebab apa beralih arah ni, sebab tak larat dah nak deal dengan template Minima ni. Code-code dah mula berserabut buat otak berdenyut lebih dari yang sepatutnya. Haha propa lah kau awyn :p

Then, for my readers. Tak nak loading blog lambat macam siputsedut. Loading blog lambat sape yang nak bukak kan ? 'X' button dekat atas sebelah kanan nun tunggu je untuk di-click. Telah mengurangkan warna pinkish sebab sekarang ni dah terlalu banyak blog pink macam cendawan pink tumbuh. Berpinar-pinar mata asyik tengok pink. Wait, pink is still one of my favourite colours. Because anything pink is cute. Right girls ? ;)

More to blue for my new theme. So dah nampak apa kaitan title dengan entry ni ? Hehe :D Jutaan tenkiu to Mr.Azhunk Awang untuk vector kat header tu. Blog awyn lambat loading ? Serabut ? Give me some feedback(s). Terima kasih :)



Feb 10, 2012

Saya pernah buat sekali je bang


Ha'ah betul la awyn pernah buat sekali ja. Um lepas tuu kan... lepas tu.. erm.. awyn dah..umm.. LULUS!! Haha sorry buat suspens je lebih. Awyn dah lulus computer test untuk ambik lesen la. Alhamdulillah sekali buat je. Tak la menyusahkan abah nak keluarkan duit lagi kalau gagal kan.

Tapi agak geram jugak la dekat aunty yang urus bahagian computer test tu. Nak bebal-2 pulak bila buat kerja. Cakap kemain kasar dengan mukanya yang masam macam tempe basi tu. Serious rasa nak sound ja. Tapi bila fikir lepas ni takkan hadap muka dia dah lepas ni, sabar jelah. Malas nak layan orang gini.

Lepas tu jalan ke seberang pegi kat office driving centre tu, dengan muka tersengih macam kerang busuk abang tu tanya 'macam mana ? Lulus ?' Dengan muka yang bercahaya, sengih kat abang tu cakap 'Ha'ah lulus.' Muka abang tu macam Khairul Fahmi Che Mat @ Apek. Biar betik betull. Sabar awynnn :D

Lepas ni, teori selama 3 jam. Yeah ! Seronok sangatt - . -


Feb 8, 2012

Buat kerja relax and steady boleh kann




Awyn memang tak boleh orang yang jenis buat kerja tergopoh-gapah and then nak marah-marah. Apa salahnya kalau buat something tu dengan relax and steady. Kalau nak guna ayat "slow and steady" tak boleh jugak sebab boleh dikategorikan dalam lembab dan satu keja apa pun tak menjadi. Yelah sebab semua dibuat dengan slow lah katakan.

Ce korang bayangkan buat kerja sambil marah-2 ? Mesti apa yang kita buat tak menjadi kan ? Bertambah lagi laa tekanan perasaan. Mula la temperature naik mendadak. So, bila tengah buat keja tu cuba la bawak bersabar sikit dan yang paling penting, jangan suka tangguh. Bila ada masa, buat sikit-2. So bila sampai waktu yang dekat dengan dateline kurang la sikit beban kan. Tak la kelam-kabut sangat ye dak ?

Apa yang kita buat sedikit sebanyak memberi kesan pada orang sekeliling. Kalau tak ada kesabaran bila buat kerja, orang pun menyampah. Kan ?


Feb 3, 2012

Best jugak kan kalau sakit ?






Hi peeps, happy weekend. So, apa motif gambar di atas nun ? Entah for self motivation kot dan it would nice if I can archived that. Blur sudah ? Haha abaikan :D Okay apa yang best sangat kalau sakit ?

The truth is the reason blog awyn dibiarkan tanpa entry baru untuk berhari-hari sebab mata kanan bengkak teruk sampai jadi sepet o . - tapii... ada tapi okay. Tapi rasa macam syok je. Hahhah kenapa ? Sebab semua orang care. Termasuk jiran sebelah-menyebelah dan kawan yang baru kenal masa dengar ceramah ambik lesen kat Melati harituu. Sweet kan ? Angguk cepat ! :D

Mata awin bengkak bukanlah sebab menangis malam-2 kononya frustated. Disebabkan binatang yang diberi nama cali (gambar). Awyn tak letak gambar dekat entry ni sebab geli. Yelah nanti bukak blog je nampak gambar benda alah ni. Eeww :p Pesanan, kalau nampak cali ni, beware sebab kalau dia gigit ke, kencing entah tak sure, akan gatal-2, bernanah and pedih. Dalam 2, 3 hari jugak la.

Oklah sesaje update entry baru ni. Bosan tak pergi mana² harini. Nak keluar kemana dengan mata bengkak macam ni. Kang orang usha pelik je. Haha :D


Jan 30, 2012

GIVEAWAY ! Avril Lavigne concert tickets !


THIS IS STICKY POST. AWAK, SCROLL KE BAWAH UNTUK TENGOK ENTRY BARU KAY :)

UPDATE! Avril Lavigne will be hitting the stage on 18 February 2011<--Lupa inform date :D

Hello guyss assalamualaikum. Lamaa tak update so harini awyn update sebab nak share dengan korang pasal Giveaway Avril Lavigne concert ticket. So, who's Avril Lavigne fan(s) heree !? If you are one of her fan then you really really should see this entry! 

Ticket giveaway ni bukan sebarang ticket okay tapi ticket Rock Zone. Rock Zone ni betul-betul depan stage Avril perform. One of the best zone in the house ;)
Ahemm* best kan ?

Dah nama pun giveaway mesti ada syarat-syarat kalau nak menang ticket tu kan ?
Kalau nak tahu cara-cara menang ticket click Avril Lavigne Ticket Giveaway 
Dekat link yang korang click, syarat-syarat nak menang giveaway ni dijelaskan dengan lebih details.

Nak tahu macam mana kedudukan di Rock Zone ? Nahh ade gambar ;)


So tunggu ape lagi ? Kee korang nak beli tiket yang RM198 tu ? Think wisely ;)

Jan 29, 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26




Tengok tak AJL 26 tadi ? Sesiapa yang tak tengok atau tengok sekerat je tak habis meh sini nak bagitahu keputusan :)

*Drum rolls please
Persembahan Terbaik 
Alyah - Kisah Hati
Alyah buat suprise tetiba je Remy Ishak muncul atas stage. And like usual, the girls start SCREAMINGG - , -


Vokal Terbaik
Hafiz - Awan Nano


Tempat ketiga
Faizal Tahir - Karma
Eventho tempat ketiga, tiap-2 tahun naik pentas okay. Faizal Tahir always the best !


Tempat kedua
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Sheila - Beribu Sesalan
Kombinasi yang mantopp ;)


Tempat PERTAMA !
Hafizzz Awan Nanonanonano :D
For your information, Hafiz perform pakai tshirt and tracksuit sahaja. Tak payah pun pakai baju tajaan blingbling yang mahal-2 tu. Dapat jugak tempat pertama. You deserve it Hafiz! Kerinting bukan sebarang kerinting kankan. Cayalahhh :)

A minute later my sis text me : " Puas. Tengok, pakai tak serupa orang pun menang." 
Okay she means Hafiz sebab Hafiz kan pakai Tshirt and tracksuit je. Then, tracksuit tu sebelah singkat sebelah panjang. Haha :D

Jan 28, 2012

Bermula satu lagi episod kebosanan


Nak tahu macam mana keadaan orang yang tengah menaip ni usha title di atas. Yess tersangatt-2 bosan. Time tengah taip entry ni rasa nak masuk bilik baring terus tido je tapi takut nanti tak pasal-2 badan mula mengembang macam belon. Noo wayyy :D

Tadi tak la bosan macam ni sebab kakak , abg semua ada but now semua dah balik tinggal sorang anak buah tu pun asyik keluar memancing and main dengan kawan-2 kat luar tuhh. Haiz - , - Oh harini mama masak nasi ayam. Erghh nasi ayam mama selalu terbaik lah. Rasa macam nak makan lagii jek. Sabar awyn tadi kan dah tambah menambah nasi tu sampai tak boleh masuk dah sebab kenyang sangat. Haha anak dara ape entah makan sampai tak ingat dunia. Hee sekali sekala je boleh kankan *buat muka innocent (",)

Esok Boboy pun dah start sekolah balik. Fuuu bertambah lagi bosan nasib baik mydarling Compaq Presario ada yang always jadi teman setia. Terima kasih :3 Hari-hari saya akan jaga dan polish awak tau !

Jan 11, 2012

Restoran Qasar Hadramawt. Mesti try tak rugi !



Fast update! Nak main badminton lepas ni. Rutin harian awyn diwaktu malam untuk turunkan berat badan :D Nak share dengan korang restoran awyn pegi tadi. Baru balik je sebenarnya ni. Perut pun tengah kenyang lagi. Sempat snap pictures tadi.

Nahh awyn bagi adress and no tel terus. Hee :D


The menu. Arabic tauu.
Tadi dishes yang awyn try Lamb Kabsa and Chicken Kabsa


Lamb kabsa
Awyn tak makan lamb so ordered chicken kabsa :D


Lemon juice. Erghh terbaik ♥


Aloloh comel. My fav girl ♥


Seriously, mesti try makan kat sini. Terutama yang stay dekat Penang. Dah la sedap, murah pulak. Bytheway, my dad yang cerewet especially pasal makanan pun puji makanan kat Restoran Qasar Hadramawt. So, kalau Encik Osman pun puji nak kata apa lagi ? Hihi :D

Jan 10, 2012

Entry pertama untuk tahun 2012


O.o Excited nak taip entry pertama untuk tahun 2012. Haha org lain semua dah berpuluh-puluh entry untuk tahun 2012. So harini genap 10 hari kita melangkah ke tahun 2012. Tak terlambat lagi kan awyn nak wish happy new year to you all[s]. Harap tahun ni akan jadi tahun yg lebih baik dari tahun² sebelumnya. Mulakan permulaan tahun dengan positif okay guys :)


Fyi, banyak perubahan yg awyn buat dekat blog awyn. Header, background, profile senang cerita everything baru² belaka. Tahun baru lah katakan. Baru semangat nak taip entry. Tak la boring tengok yang samaaa je. Haa lagi satu, if korang click pages Tahu Tak dan korang tengok masih empty, sorry sangat² sebab awyn tak isi lagi bahagian tu. Hihi jangan marahh. Nanti berkedut-kedut macam nenek kebayan :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...