May 13, 2012

Day 1 2 3 : Hello Form 6

Assalamualaikum :)

"Eh wujud lagi laman blog ni. Ingat dah hilang kemana dah." Korang jangan cakap macam ni tau. Sentap awyn nanti dengan muka patblas. Semenjak duatigaempat menjak ni tak berapa rajin nak update blog. Pembetulan. Bukan tak berapa rajin tapi memang dah tahap baloq liat. Nampak sangat penulis blog yang tak berdisiplin *Pengakuan jujur. Baloq liat = sila rujuk dengan kawan-kawan yang tinggal di sebelah utaqaa

Sibuk. Mungkinn. Sebagai pelajar Tingkatan 6. Boleh guna alasan tu? Cop cop. Kita tukar perkataan tingkatan 6 ke PraUniversiti. Sedap sikit nak baca. Rabu lepas dengan rasminya shazwina binti osman telah mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6. Minggu orentasi pun dah mula. 9/05/2012 - 18/05/2012 Kemain lama kan ? Eh best. Betul best sangat - . -

3 hari berturut-turut ceramah dari cikgu jadi halwa telinga. Bila diamati, terdetik di hati "Eh form 6 ni not bad la. Tambah-tambah bila sistem baru dah diguna pakai"

Tingkatan 6 dah ada sistem baru tau. Nama sistem tu, sistem modular. Macam mana sistem modular ni? Okay apa yang awyn boleh cakap, sistem ni sejibik macam matrikulasi. Kalau asasi tu I'm not so sure. Tingkatan 6 dah ada dah sistem semester. Ada semester 1, 2 dan 3. Haa advanced gitu. Setiap penghujung sem, ada exam. Kalau dalam istilah yang selalu kita dengar ni dipanggil 'final exam'.

Okay tu je main point yang awyn nak bagitau tentang sistem baru ni. Kalau nak tahu lebih-lebih lagi, sila layari STPM FORMAT BAHARU 2012/2013

Tipu la kalau awyn cakap tak rindu pun blog. Selagi tak update entri baru, hati tak tenang tauu. Sini sini. Nak cakap sikit. Tak kisah di mana kita menuntut ilmu atau apa pencapaian kita pada masa sekarang. Yang penting minat dan apa usaha yang dilakukan untuk capai apa yang kita nak pada masa hadapan. Allah akan tolong orang tolong yang dirinya sendiri. Selagi kita sebagai hamba-Nya tidak melupakan-Nya, berkali-kali ganda DIA selalu menolong hamba-Nya. Cuma direct atau indirectly :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...