Mar 30, 2012

Tutorial : Tukar perkataan linkwithin kepada gambar yang cute



Assalamualaikum hi :)

Tepuk tangan cepat sebab awyn nak buat tutorial. First tutorial tau!

Di-request oleh Cik Sheda Argos. Lama dah sheda mintak tuto ni. Baru nak buat harini. Ampun ampunn. Kebelakangan ni jalur lebar kesayangan yang dah tak berapa nak sayang ni asyik buat hal je. Slow milo. Nak berblogging pun terbantut. Sorry ye Cik Sheda (buat muka kesian)


Inilah yang dimaksudkan Sheda. Selalunya ada ayat "Anda mungkin juga meminati" dan ditukar kepada ayat lain kan. Tapi awyn tukar kepada gambar yang comel siap ada strawberry kat sebelah.

Okay jom mula.  Bismillahir rahmanir raheem
Mesti semua dah tau cara nak letak linkwithin dalam blog kan ? So awyn skip part tu.

1. Kalau nak tukar ayat masukkan code macam kat bawah ni
 <script>linkwithin_text='Your custom text:'</script>

2. Tapi kita nak tukar ayat tu kepada gambar yang comel. Kita ubahsuai sikit je.
<script>linkwithin_text='HTML code gambar anda'</script>
 Saya ulang. HTML CODE gambar. Bukan url gambar. Korang boleh dapat HTML code dengan mudah bila upload gambar dekat Photobucket(kegemaran) imgur TinyPic. Then SIAP !

Haha senang kan? Benda ni kena pandai tweak je. Ubah sikit situ sini. Awyn figure out this sendiri. Takde pakai mana-mana tuto dari orang lain. SINI

Done. Kali pertama buat tutorial, kalau ada cacat-cela di mana-2 boleh tinggalkan komen. Terima kasih :)

P/S : Do credit if you copy this tutorial

Mar 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


Harini saya rajin. So jom ramai-ramai join segmen dari Ben Ashaari, BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

Soalan yang perlu dijawab untuk segmen
  • Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?  
Pernah jugak berlaku situasi macam ni, dan ayat keluar dari mulut awyn, "Amboi sedap makan tak tengok kiri kanan dah aih"

That's all. Done !

Mar 23, 2012

Respon mereka yang tersayang terhadap result SPM saya

Gini lah rupanye masa ambik result tu. Tapi lompat dalam hati jelah. Malu nak lompat camtu depan orang ramai :D

Ye cari apa ? Tengah cari mana A B C yang di-caps lock ke ? Hehehe :D Okay result awyn melebihi jangkaan. Alhamdulillah ya allah. Terima kasih terima kasih di atas pemberian-mu. Awyn pergi ambik result dengan my bro. Haha cool kan ? Masa dah dapat result awyn pegi dekat dia sambil tersengih-sengih dan dia pun sengih jugak. Gembira lah katakan :D

Okayy sambung nanti.. Internet macam - . -

Jom sambung ! Hehe entry ini draft kelmarin 22 Mac 2012. Yes saya ketinggalan :\ Respon mereka-mereka yang tersayang terhadap result awyn. 


MAMA AND ABAH
Awyn : Mamaaa ! Awyn dapat ....... (hehe secret. nak tahu tanya terus kat awyn)
Mama : Ya allah, alhamdulillahhh. *Start crying :')

ABAH 
Calling abah. Abah dekat tapak projek so call lah kan
Me : Abah, awyn dapat .......
Abah : Haa alhamdulillah. Okay-2 abah balik sekarang.
Okay terharu :')

MY 1ST BRO
Calling from Singapore
Bro : Awyn, result mcm mana ?
Me : Rewind balik result
Bro : Haaa ( dalam nada impressed dan happy ) Okay2 abg wan ada keja. Nanti call balik
Me : Ceittt - . - 

MY SIS
Me : Kak Ija, awyn dapat rewind result again
Sis : Alhamdulillah, syukur sangat-2.
Me : Hehe tu la, alhamdulillahh kan
Sis : Ya Allah, kak Ija sebak ni *Suara macam nak nangis dah
Me : Ahh sudahh nak nangis pulak dia. Lemah aku orang nangis-2 ni *Cakap dalam hati jela :D

MY SECOND BRO

Okay yang ini panjang sikit. Haha
Me : Abg Wazir, aa (okay tak sempat cakap)
Bro : Haa ! Awyn ! Dapat berapa ?
Me : rewind result again 
Bro : Alhamdulillah tahniah tahniah. Awyn nak apa ?
Me : Hah ? Nak apa ??
Bro : Bagitau ja apa yang awyn teringin
Me : Senyum jahat. Ala tak payah la. (Mula-mula kena jual mahal)
Bro : Okay nanti abg wazir beli laptop
Me : Hahhh !? Tak payah tak payah. Mahai tuu. (tengah fikir nak Vaio, Dell atau Acer)
Bro : Eh tak boleh tak boleh. Nanti abg wazir beli
Tut tut tut tutttt. Call over. Battery hp abg habis. Okay foine - , -

Okay that's all yang awyn larat nak taip. Banyak lagi sebenarnya. Sorry kalau apa yang awyn story kat atas tu korang tak faham. Haha kalau tak faham takpe. Asalkan awyn faham. Nak simpan entry ni sampai dah kahwin nanti. Cehh gatal. atau sampai bila-bila. Kenangan ni. Kan kan ?

Dah tak kisah dah betapa semak dan serabutnya entry ni. Sebab tak larat dah. Kalau nak tau result awyn, boleh IM di facebook. Err. Hehe kbai !


Mar 18, 2012

Sejak bila perkhidmatan TM jadi teruk camni ?

*Kruuk kruukk* Eh perut sape bunyi tu? 
Lapar eh tengok gambar yang sedap lagi menyelerakan ni? Awyn sengaja tempek gambar ni besar-besar. Jahat kan ? :D
Gambar kat atas tu memang tiada kaitan dgn TM. Bagi makanan free ke ape. Tak tak. Awyn tengah geram dengan TM ni sebenarnya. Memandangkan perut tengah lapar sebab tak lunch lagi, bertambah-tambah geramnya. 

Ceritanya macam ni, 2 hari lepas abah dah bayar bil telefon. Kena potong sebab lupa bayar. Haha malu-malu. Okay 2 hari lepas tau bayar, tapi sampai harini tak sambung balik telefon tu. Abah sampai pegi kedai TM cakap belum sambung lagi. Sampai harini masih belum bersambung. 

Yang jadi mangsa adalah kredit handphone Awyn. Bila telefon rumah tak boleh pakai, semua mengeluarkan ayat sebegini "Awyn, pinjam sat hp nak call blablabla" Okay bukan kedekutt. Tapi kalau saya sendiri duit berkepuk-kepuk dalam purse takpe. Masalahnya awyn sendiri pun pokai. Tu yang hangenn sangat dgn TM ni.

Hmm mungkinkah operator terlalu busy melayan pengguna lain ? Atau TM yang terlepas pandang? Saya juga pengguna TM ! Okay ter-over pulak. Eh korang, dah try Unifi ?

Mar 16, 2012

Saya kembali dengan header baru !

Baru perasan lamanyaa awyn tak update blog. Ingat baru 2 3 hari tak update. Rupanya dah seminggu. Sajeje nak buat header baru, baru nak update blog. Banyaknya 'baru'. Sila baca dengan betul :D  Semangat sikit dengan header yang comel lagi menarik tu. Haha okay perasan. *Tampar pipi sendiri

Cantik tak header baru ? Cakap cantik cepat. Eh sorry terr-paksa korang pulak. Sebenarnya tengah kematian mood nak blogwalking dan post entry banyak-2 atau nak makeup blog. Entah kenapa takde mood sesangat. Sorry :\


Mar 8, 2012

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 4


Cik Maera cakap ikut lah nak bebel ape pun. Meh awyn nak membebel panjang-2. Let's start. Okay tipu je. Awyn taknak membebel pun. Hehe :D Tak larat lah harini satu hari asek potpetpotpet kat anak menakan tu. Nak rehatkan mulut yang comel ni kejap. Aisehh perasan peah ni. Haha kalau anda rasa macam nak bagi satu tamparan hebat yeah memang patut.
Followers dah 400 lebih. Terima kasih banyak-banyak. Sayang awak semua. Ada rezeki nanti I will do something untuk my followers. InsyaAllah. Nak join bloglist Maera Ismail ? Click banner kat atas :)

Mar 7, 2012

Nak orang komen entry, tapi menyusahkan orang


*Takde gambar comel. Haha*
Assalamualaikum hi. Korang dah lunch? Kalau belum meh nak belanja. Belanja baca entry baru dari awyn. Ahaha. Okay tak lawak pun. Kembali ke tajuk, entry ni especially for new bloggers. Mungkin blogger baru terlepas pandang atau tak tahu pun pasal ni. Pasal benda alah yang dipanggil CAPTCHA. Captcha ni timbul bila kita nak mengomen entry.

Haa tahu kan benda ni? Kita sendiri pun tak suke ye dak? Word verification ni boleh membantutkan mood untuk mengomen entry korang. Kecuali pengomen tu memang orang yang sangat penyabar. Haha. So jom hapuskan menatang nih.
Bagi yang menggunakan New Blogger Interface memang takkan jumpa setting ni. So, silalah tukar kejap ke Old Blogger Interface. Okay apa benda yang new/old blogger interface ni ? Alahh yang dashboard versi baru dan lama tuu.

Old blogger interface(Dashboard versi lama) > Settings > Comments

Scroll down sampai jumpa macam gambar atas ni. Bulat biru kecik tu tukar ke No.
Okay? Lepas ni, takde la orang rasa cuak je kalau nak komen entry korang. Dah jom lunch :)

Mar 4, 2012

Time orang syok tido, saya bogel di sofa

Eh sofa je? Mana gambar seperti yang tertera kat tajuk tu ? Sorry-2 tajuk tu sepatutnya "Time orang syok tido, saya bogelkan sofa" Haha sajeje suspen sikit. Sorry kalau menimbulkan kebengangan korang. Kebengangan ?? Err sila abaikan :D

Bogelkan sofa? Macam mana tu? Tengah online tetiba teringat mak pesan 'Awyn, sat g kalau tak buat apa tolong bukak sarung sofa tu, esok nak basuh' Okay dah teringat, terus bangun bogelkan apa yang patut. Mak suruh, mesti la dilaksanakan dulu. Wajib. So bila dah bogelkan jadi la macam gambar kat atas tu. Huduhnyaa :p

Dan sarung sofa dilonggokkan di ruang tamu supaya senang mak nampak bila bangun tido esok pagi. Haha :D Maaflah ye tajuk tidak seindah entry. Hahaha lagi :D


10 Fakta tentang diri ANDA sendiri.

Awyn tau 10 fakta tentang diri korang. Let's continue
1. Awak tengah baca entry ni
2. Awak tak boleh sebut M tanpa merapatkan kedua-dua bibir
3. Awak baru je cuba
4. Awak senyum/ketawa
6. Awak perempuan/lelaki
7. Awak tak sedar saya langkau nombor
8. Awak cari balik dekat 4 dan 6
9. Awak mula suka entry ni
10. Awak tengah baca saya suruh awak like entry ni
11. Awak akan comment atau like 

Hehe okay untuk sukasuki je. Tiada paksaan untuk like atau comment. Hanya untuk menceriakan hari minggu korang. Yang duduk rumah tu konpem bosan macam sayaa. Bila bosan tercetus la entry sebegini. Oh sila cakap hi dekat tetikus baru awyn :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...