Apr 28, 2012

Yay. My very first handsome doodlee.


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semuaa :)

Eksaited sebab entry kali ni awyn nak tunjuk bukan menunjuk-nunjuk percubaan pertama mendoodle. Semestinya tak sehebat doodler seperti Wan Hazel, Fiz Graphic, Merah itu jambu dan Myra Azraff. Haa semua nama ni memang kegemaran. Doodle yang dihasilkan diorang ni super kiuts. Rasa nak gigit-gigit je.

Back to my doodle, walaupun hasilnya boleh dikatakan ohsem jugak la untuk orang yang tak berapa nak pandai melukis macam saya. Cett ditimpa perasaan - , - 
Tapi tetap berpuas hati, sebab hasil tangan sendiri

Nak tengok doodle awyn ?

Cemane? Kacak tak ? T-shirt superman lagi tauu :D


Apr 17, 2012

Unikl. Nak terima ke tak ?

Dah berapa hari fikir pasal offer ni. Sebelum tidur, fikir. Mandi, fikir. Tengok tv, fikir. Memang asyik memikior pasal benda ni je. Okay memang dah sedia maklum kalau dah nama UNIKL belanja tinggi. Tapi course tu memang sooo my choice. Suka sangat sangat sangat !

Tapi kann hmm tapi tapi *sukahati la nak berapa banyak tapi pun yuran pengajian overall RM 31, 500.00. Cop cop tak termasuk lagi yuran bas tau. Yuran bas sebulan RM300. Haa ambik kauu. Lepas tu, duit poket lagi yang abah kena bagi dekat anak dara dia yang sorang nih. Nak terima offer ni rasa bersalah sebab kesian my parents. Tapi course yang ditawarkan really really my favourite.

Nak buat pinjaman MARA tu boleh. Setelah ditolak, tambah, campur, bahagi dalam RM 50K+ jugak. Okay sila tutup mulut anda yang ternganga tu dan normal-kan balik mata anda yang terbeliak tu. Abah dah bagi green light and cakap okay je. Siap cakap tak payah buat pinjaman lagi. Tapi saya ada otak, saya boleh fikir kesanya nanti. Bukan sikit. Kan ?

The problem is, pihak Unikl nak jawapan sebelum 27April. Keputusan UPU pulak keluar awal bulan Mei. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Malam ni, nak call cikgu Azam. Nak minta pendapat orang yang lebih expert dalam bab ni. Dan tak lupa memohon petunjuk daripada-Nya. Dia yang lebih mengetahui segala-galanya.

Dalam dilema...

Apr 15, 2012

Tulis ayat manis nak hantar surat kat boyfriend


*hiasan semata-mata
Assalamualaikum. Dari tadi menulis lepas tu padam, cancel sana-sini siap jugak esei tak lebih duaratus patah perkataan untuk scholarship. Mula-mula memang malas kemain nak tulis tapi kugagahkan jua sebab tetiba ayat keluar dari mulut mak "You can do it" Terus semangat plusplus. Terima kasih mak

Kena buat esei dalam Bahasa Inggeris. Taktahu la wajib ke tidak tapi memandangkan application form dalam Bahasa Inggeris dan tengok dorang lebih mengutamakan BI, terpaksalah buat-buat terer tulis esei dalam omputih ni kan. Lama jugak pusing-pusing pen sebab ketandusan idea. Last-last terlebih patah perkataan pulak. Macam tak percaya banyak jugak ayat maniss yang keluar. *Hukhuk

P/S : Nak tulis karangan untuk mohon biasiswa, ayat mesti maniss lebih manis dari cadbury. dan keikhlasan. Itu penting.

Apr 6, 2012

Takmau amik lesen kereta dah


Rasa bersalah makin menebal (tebal lagi dari kamus Dewan Bahasa, okay metafora melampau) sebab lama tinggal blog. Akhir-akhir ni awyn agak ke-busy-an. Busy lahh sangat masuk bulan April ni dah 5 bulan menganggur. Hukhuk.

Boring ? Oh, dah tak tau nak cakap sampai tahap keboringan yang macam mana. Asal boring, dalam kepala hotak ni asyik ingat makan makan makan. INI FAKTA. Tak percaya, duduk rumah 4 atau 5 bulan lepas tu boleh rasa sendiri. Masakan mak sangat melemahkan. Arghh

Okay busy sebab sekarang ni dalam proses ambik lesen moto and kereta. Setakat moto tu alah macam makan kacang je. Dah boleh merempit-merempit dah. Haipp tak awyn tak buat aktiviti haram tu. Tapi dekat part KERETA ni memang lemahh semangat den. Geram geram :\

Rabu lepas, 4/04/2012 awyn baru je pegi praktikal driving yang kedua. Teruk sesangat ! Bawak kereta tengah-2 panas dah macam ikan kering kena jemur. Kereta pulak aircond rosak. Berpeluh-peluh memang boleh tadah baldi. Waktu cuaca macamtu, orang cakap apa pun tak boleh fokus!

Mula la rasa nak menangis. Haha ape ke lembik budak ni. Naik bukit turun balik. Empat kali turun balik. Last-last cakap kat instructor taknak naik bukit dah. Taknak ambik lesen kereta dah. Lepas tu, abang slash pakcik slash instructor pujuk jangan cepat giveup. slash =/ Bila fikir balik, "Eh mudah betul aku putus asa. No way no no i will not give up !"

MORAL VALUES, kalau rasa nervous minum air. Salah satu cara membuat kita lebih rileks ialah minum air. Jangan kelam-kabut, be cool. Pedulikan orang tengok, orang yang kacau. Buat macam kita sorang je ade kat situ. Paling penting, keyakinan kita pun boleh drive macam orang lain.

Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. Eh panjang entri ? Biasalah, rindu. Rabu minggu depan, praktikal lagi. Semoga berjalan lancar hendak-Nya :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...