Apr 17, 2012

Unikl. Nak terima ke tak ?

Dah berapa hari fikir pasal offer ni. Sebelum tidur, fikir. Mandi, fikir. Tengok tv, fikir. Memang asyik memikior pasal benda ni je. Okay memang dah sedia maklum kalau dah nama UNIKL belanja tinggi. Tapi course tu memang sooo my choice. Suka sangat sangat sangat !

Tapi kann hmm tapi tapi *sukahati la nak berapa banyak tapi pun yuran pengajian overall RM 31, 500.00. Cop cop tak termasuk lagi yuran bas tau. Yuran bas sebulan RM300. Haa ambik kauu. Lepas tu, duit poket lagi yang abah kena bagi dekat anak dara dia yang sorang nih. Nak terima offer ni rasa bersalah sebab kesian my parents. Tapi course yang ditawarkan really really my favourite.

Nak buat pinjaman MARA tu boleh. Setelah ditolak, tambah, campur, bahagi dalam RM 50K+ jugak. Okay sila tutup mulut anda yang ternganga tu dan normal-kan balik mata anda yang terbeliak tu. Abah dah bagi green light and cakap okay je. Siap cakap tak payah buat pinjaman lagi. Tapi saya ada otak, saya boleh fikir kesanya nanti. Bukan sikit. Kan ?

The problem is, pihak Unikl nak jawapan sebelum 27April. Keputusan UPU pulak keluar awal bulan Mei. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Malam ni, nak call cikgu Azam. Nak minta pendapat orang yang lebih expert dalam bab ni. Dan tak lupa memohon petunjuk daripada-Nya. Dia yang lebih mengetahui segala-galanya.

Dalam dilema...

17 comments:

  1. pe pun bgantung pada minat ok:) gud luck..

    ReplyDelete
  2. hi u, Ni course Alkisah di UNIKL.. masa diploma kitaorang panggil CNET (computer & networking) dan u boleh sambung degree network FCET ( Faculty Computer Engineering Technology) .. so far UNIKL akan offer MARA, satu yang bagusnya MARA, kalau u CGPA 3.5 above.. MARA bagi free & u tak payah bayar yuran langsung. Kalau 3.0 and 2.5 above.. ada pengurangan dari segi pembayaran, serious ini kisah benar.. jika pandang pada career, insyallah job Network ni banyak, rata rata gang2 Alkisah bekerja di TM, AT&T, HP, Jaring, Celcom, DIGI.. gaji diorang masyuk2.. Dunia telco kian berkembang, tak rugi kalau join course tu.. sekian..

    ReplyDelete
  3. @Al Kisah : Thankyouuu sangat. Banyak membantu. Thankyou again! :)

    ReplyDelete
  4. hii Shazwina=) awk, sorry sngt..i dont knw much psal unikl ni..tp klau psal awk confuse nk tnggu upu or trus enroll ke unikl, buat solat istikharah okay..insyaAllah u'll gt the most perfect choice.=)

    ReplyDelete
  5. @,wina : I will. Awyn mmg fikir nk buat solat istikharah pun. Thanks wina :)

    ReplyDelete
  6. CGPA, masa diploma, Alkisah memang tak pandai kira CGPA, belajar main ikut suka je.. U ada kakak atau abang tak.. kalau ada try tanya diorang..
    Selalunya 1st sem.. U kena score kaw kaw at least target 3.5 above.. it means kena dapat markah A dalam banyak2 subjek.. macam mana nak dapat A, buat assignment,jgn ponteng klass dan baik dengan lecturer.. hehe then keep pointer CGPA U maintain sampai ke last sem.. kalau drop memang terasa, nanti nak upkan CGPA tu memang agak susah.. sebab tu kena maintain CGPA.. Apa yang penting, U minat ke tak dengan course ni?

    ReplyDelete
  7. @aira shahira azmi : Check dekat unikl punya website dear :)

    ReplyDelete
  8. All the best ye..di mana mana sama je cuma usaha tu penting.banyak faktor kene buat perbandingan untuk pilih mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. mahal nye . dasyat jugak yee. kalau kat tempat fiq belajar , rasanya murah skit

    ReplyDelete
  10. unikl is not bad dear. got so much fwen yg berjaya after grad dr unikl .

    ReplyDelete
  11. @ஜ miss klanika ஜ : Reallyyy ? Tp sayangnya tak bg jawapan tp tarikh dh ttup. Takpe nnti nak try cll diorang. Btw, thanks miss klanika :)

    ReplyDelete
  12. zai pun dpt tawaran Unikl juga.. entahlah, nnti2 la fikir..

    ReplyDelete
  13. I hope see you there wina. I pun amik course tuh. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...