Apr 6, 2012

Takmau amik lesen kereta dah


Rasa bersalah makin menebal (tebal lagi dari kamus Dewan Bahasa, okay metafora melampau) sebab lama tinggal blog. Akhir-akhir ni awyn agak ke-busy-an. Busy lahh sangat masuk bulan April ni dah 5 bulan menganggur. Hukhuk.

Boring ? Oh, dah tak tau nak cakap sampai tahap keboringan yang macam mana. Asal boring, dalam kepala hotak ni asyik ingat makan makan makan. INI FAKTA. Tak percaya, duduk rumah 4 atau 5 bulan lepas tu boleh rasa sendiri. Masakan mak sangat melemahkan. Arghh

Okay busy sebab sekarang ni dalam proses ambik lesen moto and kereta. Setakat moto tu alah macam makan kacang je. Dah boleh merempit-merempit dah. Haipp tak awyn tak buat aktiviti haram tu. Tapi dekat part KERETA ni memang lemahh semangat den. Geram geram :\

Rabu lepas, 4/04/2012 awyn baru je pegi praktikal driving yang kedua. Teruk sesangat ! Bawak kereta tengah-2 panas dah macam ikan kering kena jemur. Kereta pulak aircond rosak. Berpeluh-peluh memang boleh tadah baldi. Waktu cuaca macamtu, orang cakap apa pun tak boleh fokus!

Mula la rasa nak menangis. Haha ape ke lembik budak ni. Naik bukit turun balik. Empat kali turun balik. Last-last cakap kat instructor taknak naik bukit dah. Taknak ambik lesen kereta dah. Lepas tu, abang slash pakcik slash instructor pujuk jangan cepat giveup. slash =/ Bila fikir balik, "Eh mudah betul aku putus asa. No way no no i will not give up !"

MORAL VALUES, kalau rasa nervous minum air. Salah satu cara membuat kita lebih rileks ialah minum air. Jangan kelam-kabut, be cool. Pedulikan orang tengok, orang yang kacau. Buat macam kita sorang je ade kat situ. Paling penting, keyakinan kita pun boleh drive macam orang lain.

Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. Eh panjang entri ? Biasalah, rindu. Rabu minggu depan, praktikal lagi. Semoga berjalan lancar hendak-Nya :)


12 comments:

  1. awin gud luck...don't easily give up..huhu cakap orang kita tu bila nak amik lesen....

    ReplyDelete
  2. hai shazwina :)
    hehe..
    same lah nad pon ngah amek lesen gak..
    memang rasa nak giveup kan lagi2 time naik bukit ..heheh
    follow sini

    ReplyDelete
  3. smoga dimudahkan segalanya!!

    ReplyDelete
  4. belajar kete dalam litar memang off air cond sebab kat parking undur tu kene gune sidemirror untuk tengok tayar belakang masuk line..biasalah tu berpanas kat litar tu..ape pun kene usaha betul betul..sekali seumur hidup je tau..good luck ye..

    ReplyDelete
  5. AIRA : Hehe no no tak giveup. Ahaha cepat-2 amik lesen ;)

    nadzeera : Btol time naik bukit tu arghh paling geram ><

    ReplyDelete
  6. Ahmad Saufe : Thanks :)

    Azhafizah[フィザ] : Oh yeke, tapi haritu malang sbb aircond betul-2 rosak. huhu tp betul. sekali seumur hidup ^^

    ReplyDelete
  7. good luck tau awin. akak yg dah tua bangka ni pun takde lesen lg. hihi.

    ReplyDelete
  8. @Noraim : Hehe thanks. Eh yg tua pakcik makcik pun ambik lesen tau. Akak ambik cepat-2 :D

    ReplyDelete
  9. huhu..same la awyn...time latih kereta dulu pon ade je problem..sebab panas giler2 time tu..nak fokus drive pon dah tak boleh..nasib baik sekarang dah pass jpj semua..^_^ good luck awyn..yang penting yakin.

    ReplyDelete
  10. 4 april...my sis birthday la awyn...
    who am i..someone mayb close to you..but far from u...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...