Feb 27, 2012
Inginku bunuh-bunuh tikus ni !!!
Tikus apa yang awyn nak bunuh ni ?? Tikus mondok? Tikus belanda? Ke chipmunk? Eh tak chipmunk tu tupai. Hehe. Awyn tengah perang dingin dengan tikus sekor ni ! Nama saintifik tikus ni ialah TETIKUS. Dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai MOUSE.
Memang kena beli baru. Dah nazak sangat ni. So, awyn mintak maaf awal-awal kalau tiada entry baru untuk sementara waktu ni dan tak dapat balas kunjungan korang ke blog awyn. 'Menjeling ke arah tetikus dengan penuh perasaan geram ><'
Feb 26, 2012
Kaki berbau. Macam mana nak elakkan eh?
Haa macam mana nak buat tu? Pakai lawa-2 tapi bila bukak kasut, aduhh spoil habis. Tak boleh pandang remeh tau benda-2 macam ni. Kebersihan jugak tu. Meh awyn nak share tips sikit. Macam mana nak elak kaki berbau.
- Cuci kaki setiap hari. Lagi okay kalau cuci dengan air suam. Lepas tu, keringkan terutama di celah-celah jari nuhh.
- Selalu pakai stoking yang bersih dan kering. Lebih baik yang diperbuat daripada fabrik benang kapas sebab lebih menyerap peluh.
- Pakai sandal atau alas kaki dalam toilet atau kolam renang.
- Biarkan kaki bebas tanpa stoking atau kasut masa korang kat rumah. Kasi kena udara sikit kaki tu. Bukan free your mind ye. Free your foot :D
- Jangan biasa bertukar kasut, sandal atau pakaian dengan orang lain. Pakai sendiri-2 punya. Bersyukur dengan apa yang ada. Ada rezeki, beli. Takmo pinjam-2. Tau !
Feb 24, 2012
Jom Naikkan Trafik Blog !
Nampak tajuk entry sepantas kilat awyn join segmen anjuran Mak Dara. Hehe okay let's proceed
Kebanyakan entry blog awyn tidak diluahkan di dunia realiti tapi ditaip dalam blog kesayangan awyn. Dah berapa tahun dah blog ni. Mungkin dalam 3 tahun. Tapi sebelum ni blog awyn 'macam hidup segan mati tak mau'. Haha sekarang dah mula meng-aktif-kan diri berblogging. Lebih suka blog awyn kemas and cute. Sedap tengok syok nak baca. Hehe :)
Feb 23, 2012
Suka buat collection barangan vintage ?
Korang suka kumpul barang-2 lama ala-ala classic gitu ? Seperti jam, lighter. Haa kalau suka awyn nak share laman web yang jual barangan vintage secara online.
http://www.rare-collectables.com/
Bagi penggemar vintage stuff, mesti suka. Dulu, kalau nak barang macam ni kena travel baru boleh jumpa. Sekarang, boleh terus beli secara online.
NOTE : Kalau nak cari barang vintage kat Penang, p Roadwalk. Macam-macam adaa :D
Feb 17, 2012
Awyn suka bluee. Takpa kan ?
Setelah lama menyepikan diri membiarkan blog tanpa entry *sudahhh ayat basi :p awyn rasa hari awyn wajib merasmikan perubahan dekat blog awyn. Yes, transformasi besar-besaran ni. Kejap, nak tempek gambar kat bawah.
SEBELUM
Dari pengguna template Minima awyn beraliah arah ke mana ? Tak payah tahu. Hee. Alahh korang tengok pun dah boleh agak template apa awyn guna sekarang. Kan ? Sebab apa beralih arah ni, sebab tak larat dah nak deal dengan template Minima ni. Code-code dah mula berserabut buat otak berdenyut lebih dari yang sepatutnya. Haha propa lah kau awyn :p
Then, for my readers. Tak nak loading blog lambat macam siput
More to blue for my new theme. So dah nampak apa kaitan title dengan entry ni ? Hehe :D Jutaan tenkiu to Mr.Azhunk Awang untuk vector kat header tu. Blog awyn lambat loading ? Serabut ? Give me some feedback(s). Terima kasih :)
Feb 10, 2012
Saya pernah buat sekali je bang
Ha'ah betul la awyn pernah buat sekali ja. Um lepas tuu kan... lepas tu.. erm.. awyn dah..umm.. LULUS!! Haha sorry buat suspens je lebih. Awyn dah lulus computer test untuk ambik lesen la. Alhamdulillah sekali buat je. Tak la menyusahkan abah nak keluarkan duit lagi kalau gagal kan.
Tapi agak geram jugak la dekat aunty yang urus bahagian computer test tu. Nak bebal-2 pulak bila buat kerja. Cakap kemain kasar dengan mukanya yang masam macam tempe basi tu. Serious rasa nak sound ja. Tapi bila fikir lepas ni takkan hadap muka dia dah lepas ni, sabar jelah. Malas nak layan orang gini.
Lepas tu jalan ke seberang pegi kat office driving centre tu, dengan muka tersengih macam kerang busuk abang tu tanya 'macam mana ? Lulus ?' Dengan muka yang bercahaya, sengih kat abang tu cakap 'Ha'ah lulus.' Muka abang tu macam Khairul Fahmi Che Mat @ Apek. Biar
Lepas ni, teori selama 3 jam. Yeah ! Seronok sangatt - . -
Feb 8, 2012
Buat kerja relax and steady boleh kann
Awyn memang tak boleh orang yang jenis buat kerja tergopoh-gapah and then nak marah-marah. Apa salahnya kalau buat something tu dengan relax and steady. Kalau nak guna ayat "slow and steady" tak boleh jugak sebab boleh dikategorikan dalam lembab dan satu keja apa pun tak menjadi. Yelah sebab semua dibuat dengan slow lah katakan.
Ce korang bayangkan buat kerja sambil marah-2 ? Mesti apa yang kita buat tak menjadi kan ? Bertambah lagi laa tekanan perasaan. Mula la temperature naik mendadak. So, bila tengah buat keja tu cuba la bawak bersabar sikit dan yang paling penting, jangan suka tangguh. Bila ada masa, buat sikit-2. So bila sampai waktu yang dekat dengan dateline kurang la sikit beban kan. Tak la kelam-kabut sangat ye dak ?
Apa yang kita buat sedikit sebanyak memberi kesan pada orang sekeliling. Kalau tak ada kesabaran bila buat kerja, orang pun menyampah. Kan ?
Feb 3, 2012
Best jugak kan kalau sakit ?
Hi peeps, happy weekend. So, apa motif gambar di atas nun ? Entah for self motivation kot dan it would nice if I can archived that. Blur sudah ? Haha abaikan :D Okay apa yang best sangat kalau sakit ?
The truth is the reason blog awyn dibiarkan tanpa entry baru untuk berhari-hari sebab mata kanan bengkak teruk sampai jadi sepet o . - tapii... ada tapi okay. Tapi rasa macam syok je. Hahhah kenapa ? Sebab semua orang care. Termasuk jiran sebelah-menyebelah dan kawan yang baru kenal masa dengar ceramah ambik lesen kat Melati harituu. Sweet kan ? Angguk cepat ! :D
Mata awin bengkak bukanlah sebab menangis malam-2 kononya frustated. Disebabkan binatang yang diberi nama cali (gambar). Awyn tak letak gambar dekat entry ni sebab geli. Yelah nanti bukak blog je nampak gambar benda alah ni. Eeww :p Pesanan, kalau nampak cali ni, beware sebab kalau dia gigit ke, kencing entah tak sure, akan gatal-2, bernanah and pedih. Dalam 2, 3 hari jugak la.
Oklah sesaje update entry baru ni. Bosan tak pergi mana² harini. Nak keluar kemana dengan mata bengkak macam ni. Kang orang usha pelik je. Haha :D
Subscribe to:
Posts (Atom)